Tuesday 21 February 2012

sahabat sejati




Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, &  BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
SAHABAT”.



terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)

No comments: