Sunday 29 January 2012

kawan baik






Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan?????

terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)

Thursday 12 January 2012

MAAFKAN AKU ..







ku menyusuri pelabuhan semalam ..
untuk membilang penantian itu ..
ombak membelah resah ..
adakah nanti akhirnya ..
sekadar mengharap jawapan usang ..

maafkan aku ..
mencerna buih buih keraguan ..
menghumban setiap harapan ..
jauh didalam lautan perasaan ..
sedangkan aku terus mengharap ..
kejujuran lafaz mu ..

maafkan aku .. 
mencetus perasangka !!
haruskah aku menunduk pasrah sedangkan penantian ini masih belum berakhir ..
didasar hati ini menyelak pertemuan itu ..
menjadi rindu pada kenangan itu ..
yang terlalu indah untuk di lupakan ..

maafkan aku ...
pada mulanya ku seakan menolak hadir mu ..
sedangkan kau tahu ku harus menjaga tatasusilaku sebagai wanita ..
mungkin ada sinar harapan ..
mungkin juga aku kau akan tinggalkan ..
pilihan itu terletak ditangan mu ..

namun ingat lah akan satu perkara ..
aku akan menyayangimu selama hayatku ..
selama nafas ini terukur namamu ..selalu ...

namun sebaliknya titisan air mata yang jatuh berderai ..
kerna aku masih tertanya tanya ..
apakah benar aku tercipta untuk mu .. ???
apakah engkau bisa bahagia denganku .. ???

maafkan aku ...
dengarkan aku untuk kali ini  ..
mungkin ini yang terakhir kalinya ..
agar kau fahami isi hatiku ..
inilah kebenarannya yang perlu ku lontar kan ..
aku rindu .......











terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)