Thursday 9 February 2012

bestfriend aku milik dia



“Beb, nak pegi mana tuh? Kau ni asik lari je r dari aku. Apsal kau lari? Ni mesti kes semalam ni. Salah ke aku ckp bende betol?” serkap Wan pada aku. Aku bukan tak suka tapi aku macam konfius. Selama ni aku bergurau-gurau dengan dia tu dia anggap betol la ek? Ish tetibe aku rasa geli pulak. Bukan apa, selama ni aku main-main je dia boleh pulak anggap aku serius. Ceh, geli la nak keluar dengan dia ni lagi. Karang tetibe pulak jumpe membe dia, dia kata aku gurlfren dia pulak. Tak ke naya namanye tuh?
“Memang la tak salah tapi try la kau pikir. Malu la beb bila kenang balik time aku gurau-gurau dengan kau dulu. Ceh, tau aku tak nak cakap bukan-bukan time tu. Ingat kau tak perasan. Rupenye ade hati gak dengan aku ek?” terang aku sambil menghadap buku depan aku. Lebih baik aku hadap buku dari hadap mamat senget sorang nih.
“Ala Wan, kau ni. Ni yang aku malas ni. Sejak bila kau boleh berfikiran normal ni. Nak malu-malu pulak dengan aku. Rilek la. Aku da lupa kan la. Tapi yang aku tak boleh blah tu, time kau kena denda kat luar kelas. Memang cute la muka kau time tuh. Tapi kesian la kat kau,” balas mamat nih kat aku. Itu yang dia paling ingat.
Kalau nak ikotkan citer sebenar memang panjang tapi tak pe la aku citer sikit. Aku kene denda tu bukan sebab apa, sebab dia gak. Mamat senget nih pinjam buku aku pastuh dia tak pulang. Aku lupe lak yang hari tu ada kelas Sains. Cikgu Sains tuh marah aku. Pedas aku rasa kata-kata dia tuh. Sejak dua menjak dari hari tuh aku dah malas nak bagi pinjam kat sape-sape termasuk la si mamat senget nih. Sakit jiwa aku.
“Da la. Aku nak blah ni. Kau nak ikot, ikot la. Tak nak, tinggal sorang-sorang dalam ni. Nak pegi kantin,” kata aku lalu beredar.
Kalau korang nak tahu aku and Wan ni bestfriend. Kitorang kenal sejak aku masuk sekolah menengah ni. Dengan dia je la aku paling rapat. Kisah suka and duka aku, aku kongsi dengan dia.
“Beb, kejap la. Jalan laju sangat la kau ni. Tak ingat membe ek?”
” Diam la kalau nak ikot,” balas aku. Ingatkan tak nak ikot.
Macam ni la aku dengan dia. Sampai orang lain kata kitorang ni kapel tau. Tapi aku ia kan jek. Malas nak amik tau. Aku kalau gaduh dengan dia, satu sekolah tau. Nak kata aku ni popular memang pon coz aku ni kan penolong pengawas yang berhemah. Huhu…perasan.

*****************************

“Wan, aku ade bende nak cakap dengan kau ni”
“Cakap je la. Tak yah soh aku tunggu bawah lampu jalan ni. Kau ni kan nak ajak aku dating bawah lampu jalan. Teruk!” kata aku suatu petang yang damai dengan selamber badak. Muka dia lagi la tak bleh blah. Kelakar giler. Muka toye je time aku cakap cam tuh.
“Tapi kau jangan marah and lari-lari dari aku tau. Aku cakap serius nih,” balas Wan dengan nada serius. Ceh mamat ni sejak bile lak dia men serius-serius nih? Aku pon kompius aku cakap dengan sapa sekarang nih. Aku pon buat muka toye aku sambil mengangkat kening. ‘Cepat la cakap. Kang aku flying kick dia ni karang’ hati aku mengomel. Dia seakan mengerti je dengan gerak geri aku time tuh.
“Aku….a..ku..sebenarnya…” kata Wan tergagap-gagap. Sejak bila la mamat sewel ni gagap. Agaknya da makan julap terus gagap kot. Aku menggeleng kan kepala sambil tersenyum sendiri.
“Aku apa?” sergah ku.
“Aku sebenarnya suka kat kau. Kalau boleh nak hidup serumah dengan kau” katanya laju lalu menutup mulut. Mulut ku sedikit ternganga disebabkan terkejut dengan apa yang di kata oleh Wan. Wan pulak da macam ayam tertelan kapur. Malu campur terkejut. Tak dapat aku nak bayang kan macam mana mukanya time tu. Aku daripada terkejut terus tersembur tawa aku yang sedang menggelegak dalam perut. Bukan apa. Aku kelakar tengok muka dia tuh.
“What? Kau kata apa? Kau suka aku? Hahaha… kau ni buat lawak la. Jangan lah buat lawak. Aku tahu kau ni memang juara bila buat lawak. Kalau masuk raja lawak kompem menang punye” kata aku lagi dengan selambenye sambil memegang perut aku yang nak pecah ni.
“Beb, aku tak buat lawak la. Kau tak tengok muka aku yang serius nih?” kata Wan sambil menunjukkan mukanya yang time tuh da berubah menjadi kemerah-merahan.
“Serius mende muka camtuh,” kata ku lagi dan lagi selambe sambil tunjuk ke arah muka nya yang sudah merah itu. Saja aku nak bengangkan dia walaupon dalam hati aku
masih berdebar-debar dengan apa yang diucapkan sebentar tadi.
“Da la Wan aku balik dulu la. Terima kasih la coz buat lawak kat aku petang-petang cam ni. Malam nanti mesej aku ek?” kata aku lalu beredar meninggalkan Wan yang masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan aku.

***********************************

‘Boring giler’ bisik hati aku. Aku memandang radio mini di sebelah aku lalu ku tekan punat ‘ON’. Aku mencari siaran radio yang aku suka iaitu Hot FM. Time ni la lagu-lagu best diputarkan dicorong radio. Aku pun layan lah lagu ‘Cuba’ nyanyian Faizal Tahir sambil mengulangkaji subjek Matematik. Tengah sedap melayan lagu berbunyi pulak hendset aku. Deringan lagu ‘Doa Dalam Lagu’ nyanyian Heliza and Mawi membuat aku teralih ke handset ku. Handset murah je.
1 new message
‘beb,wt pe tuh?study ke?’
‘Ek eley mamat nih. Aku tengah study boleh pulak tanya tengah buat apa. Jaga kau!’ ngomel ku sorang-sorang sambil mengetap bibir tanda geram. Aku pon membalas,
‘aku ngah tgk kau nih.ape r kau.tgh stdy r..apsal?kau tak nak stdy ke?oh lupe lak.ko kan bijak..huhuhu…’
‘Amik kau sebijik’ hati ku berkata sambil aku sendiri tersengih-sengih macam kerang busuk. Suka betul buat mamat tu bengang. Sindiran aku pasti terkene batang hidung dia sendiri. Gelak aku sorang-sorang. Tiba-tiba handset aku berdering. ‘Lah mamat ni telefon pulak. Ingat da stop mesej tadi’ bebel aku sorang-sorang.
“Hah, nak apa?”
“Assalamualaikum. Jawab la dulu cik kak oi!”
“Waalaikumsalam. Sejak bila pulak kau pandai bagi salam nih? Dulu main sergah-sergah jek. Sekarang ni da pandai ek?”
“Setiap orang kena berubah lah, beb. Beb, esok pergi sekolah saing ek?”
‘Mende la mamat nih. Bukan tiap-tiap hari aku pergi sekolah dengan dia ke? Sadis sungguh la ayat dia ni. Saja je cari topik nak cakap dengan aku. Agaknya dia ni dah buang tebiat lah’ hati aku berbisik.
“Eh, Wan. Selama ni kau pergi sekolah dengan hantu ek? Bukan dengan aku?” geram je aku dengan dia ni.
“Yela aku kan memang pergi sekolah dengan kau. Apa lah aku ni. Ok lah sambung la kau punya study tuh. Night. Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam” sah mamat ni memang dah sewel sejak petang tadi. Aku menggelengkan kepala. Tetiba je berkelakuan baik. Musykil aku. Baik aku layan buku sambil dengar lagu best ni dari fikir pasal mamat senget tuh.

***********************************

Lapan bulan dah berlalu. Hari-hari aku terpaksa berdepan, berjalan, berbual, berjimba, bersatu kelas dengan mamat sewel nih. Bersekedudukan belom lagi. Haram..haram… SPM pun dah nak dekat. Terpaksa lah study dengan si Wan ni. Kalau tak study dengan dia nak study dengan siapa?
Semalam dia luahkan perasaan dia dekat aku lagi. Dia kata memang betul dia serius dengan aku tapi tak tau la sejak bila dia start suka aku. Aku cakap aku tak boleh bagi keputusan sekarang coz da nak exam ni. Dia pasrah je. Aku tak dapat nak tengok muka dia time tuh coz dia luahkan dalam telefon.
Bila fikir balik, aku pening lah. Bukan nya tak ramai orang suka dia juz dia tak nak je kat peminat dia tuh. Ramai jugak yang hantar surat cinta kat dia melalui aku. Aku dah cakap kat dia. Terima je la budak tuh tapi dia buat dek je. Dia kata dia tunggu aku. Buat apa nak tunggu aku yang macam bulan tak jatuh-jatuh ni. Ish, dia ni memang betul-betul sengal ubi. Biarkan lah dia.
“Wan, lepas ni kau nak sambung mana?” tanya Wan pada aku yang sedang menghadap buku Perdagangan. Aku pandang muka dia.
“Maybe sambung diploma terus kot. Tapi aku tak tahu nak amik kos apa. Kau pulak?” tanya aku balik.
“Aku tak sambung kot coz family aku ni bukan orang senang macam family kau. Tapi kalau aku dapat sambung aku harap dapat sama tempat dengan kau. Boleh la kita study sama-sama lagi,” balasnya dengan wajah ceria.
“Insya Allah. Kau doa je la. Tapi aku rasa macam dah muak tengok muka kau. Bukan muka je. Nama kita yang nak hampir sama pun aku rasa macam nak muntah. Mana tak nya. Kalau budak-budak ni panggil ‘Wan’ je, mesti kita berdua akan toleh sama. Macam kembar tau tak?” kata ku dengan menggunakan ayat selambe aku. Kalau aku guna bahasa formal dia tak paham pulak.
“Em..yela Wan. Apa-apa je la. Malas nak layan kau sangat. Asyik aku je kena buli dengan kau. Kadang-kadang aku pun malas gak nak layan kerenah budak-budak ni. Dorang saja je nak kenakan kita. Kau rileks la,” balas Wan dihadapan aku lalu memusingkan semula badan nya menghadap ke papan hitam.

*******************************

‘Yeah’ jerit ku dalam hati. Wajah yang selama ini dekat dengan aku tiada pada ketika dan saat ini. Saat ini aku senyum sendiri membawa hati aku yang sunyi tanpa diri dia. Kegembiraan aku apabila dapat keputusan cemerlang dalam SPM tidak ku kongsi dengan sesiapa. Aku membawa diri aku ke tempat biasa aku dan Wan lepak. Dengan siapa aku nak kongsi kegembiraan ini?
Aku melihat keputusan milik Muhammad Syazwan bin Kamaruddin. Cemerlang. Hati aku menangis sendiri tatkala melihat keputusan itu. Kalau lah tuan empunye keputusan itu masih hidup tentu mereka sudah berkongsi kegembiraan itu.
Aku membandingkan keputusan aku dengan dia. Keputusan kami sama-sama cemerlang. Aku bangga dengan dia. Aku rindukan dia saat ini. Ku genggam erat slip keputusan itu.

********************************

“Wan hati-hati pergi mancing tau. Sory hari ni aku tak dapat ikot kau. Petang nanti kalau aku free aku teman kau ok!” kata aku pada Wan sewaktu dia hendak bertolak pergi memancing di hujung kampung kami yang merupakan sebuah sungai.
“Okay. Kau jangan risau lah. Tapi janji kau datang ek? Jangan sampai aku da tak de baru kau nak datang,” pesan Wan kat aku. Dahi aku berkerut tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Wan pada aku.
“Kau pergi mana pulak. Takkan lah kau nak balik sebelum aku datang?” tanya aku macam aku tak pernah kenal dia. Selama aku kawan dengan dia, dia tak pernah balik sebelum aku ada.
Wan hanya senyum sahaja pada aku lalu beredar dari perkarangan rumah aku. Aku hanya menggeleng tanda pelik dengan perangai nya yang aku Nampak sangat berubah dari sehari ke hari.
Tepat pukul 5 petang usai aku menunaikan solat aku berjalan kaki menuju tempat pancing alias tempat lepak aku dengan dia. Sampai saja disana aku lihat kelibatnya tiada. Mana la pergi mamat nih. Takkan dah balik kot. Sedang aku perhati keadaan sekeliling tiba-tiba mataku tertancap setubuh manusia berbaju putih dan berseluar pendek di dasar sungai. Tanpa berlengah aku pergi ke rumah ketua kampong lalu mengkhabarkan ade orang mati lemas.
Aku masih lagi tercari-cari mana Wan menghilang. Orang ramai sudah berkepung untuk melihat mayat yang dinaikkan dari sungai. Tiba-tiba perasaan ku hiba apabila mataku tertancap ke arah mayat tersebut.
“Wan! Wan!” jerit ibu Wan yang baru saja sampai di tepi sungai itu lalu mendakap tubuh Wan. Aku yang berdiri disitu hanya kaku sahaja. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku mengalir deras. ‘kenapa tinggal kan aku wan?’
“Wan, bangun nak! Kenapa kau tinggalkan mak? Kenapa?!” jerit ibu Wan lagi.
“Sudah lah tu makcik. Bawa bersabar. Semuanya ketentuan Allah. Redha lah dengan pemergian Wan,” kata salah seorang jiran kami.
Aku berjalan lemah lalu mengambil peralatan memancing milik Wan. Aku berjalan pulang sambil terkenang kembali kata-kata Wan pada aku.
‘Jangan sampai aku da tak de baru kau nak datang’
Terngiang-ngiang suaranya di telinga ku. Tak mungkin akan ku lupa kenangan manis aku bersama dia. Mungkin sebab itu lah perangai dia berubah. Dari seorang yang tidak pernah solat, dia menunaikan solat penuh setiap waktu. Dari seorang yang pemalas, dia berubah menjadi seorang yang rajin.
Sewaktu peperiksaan SPM berlangsung, dia tidak pernah lokek ilmu untuk mengajarku tentang bab yang aku tak faham. Dia banyak nasihatkan aku sampai aku rasa aku macam dah tak kenal siapa Wan. Dia terlalu berubah cuma aku yang kurang perasan akan perubahan itu.

****************************

Malam itu kurasakan hilang dari pandangan. Hadiah pemberian Wan semasa hari lahir ku, kusimpan di dalam kotak. Sungguh aku tak menduga pemergiannya terlalu pantas. Aku mengakui aku sangat senang akan kehadirannya dalam hidup aku. Biarlah dia pergi dengan aman. Aku melihat sekeping surat di dalam hadiah hari lahirku.
Kepada Wan Faizatulnadia,
Assalamualaikum,
Aku harap kau baca surat dalam hadiah ni. Happy birthday yang ke 17. orang kata sweet 17. Walaupun ini adalah hadiah aku yang pertama untuk kau sepanjang persahabatan kita, aku harap kau takkan dapat lupakannya. Mungkin juga ini adalah hadiah yang terakhir dari aku untuk kau.
Wan, sepanjang perkenalan aku dan kau, aku dapat rasakan kau adalah pilihan hati aku tapi apa kan daya telah takdirku pergi dulu. Aku juga dapat rasakan yang aku mungkin akan pergi meninggalkan kau tanpa kembali ke sisi kau lagi. Mungkin disebabkan itu aku banyak berubah dan aku terpaksa luahkan perasaan aku kat kau sebelum aku terlambat. Di sini aku minta sesuatu dari kau. Katakanlah yang kau juga sayang dan cintakan aku. Mungkin saat itu aku mendengar akan ucapan dari kau.
Wan, izinkan lah pemergian aku. Jangan kau tangisi bila aku dah tiada. Doakanlah untuk ku setiap kali selepas solat.
Insan yang amat mencintaimu,
Muhammad Syazwan.
Air mataku mengalir membasahi surat itu. Sungguh aku tidak perasan akan surat itu. Aku remukkan kertas itu sambil aku menangis sepuas hati aku. ‘Kenapa aku tak perasan surat tu? Kenapa?’ marah ku pada diri sendiri. Aku rasa bersalah dan kesal dengan apa yang telah berlaku.
Aku bangun lalu berwuduk terus menunaikan solat isyak. Di akhir solat ku, aku berdoa dan memohon agar dosa Wan di ampun kan Allah.
“Wan, kau dengar lah apa yang akan aku ucapkan. Aku sememangnya sangat-sangat menyayangi dan mencintai kau, Wan. Saat kau hidup aku amat selesa dan senang akan kehadiran diri kau. Tapi kini kau telah pergi. Aku doakan kau akan bersama para muslimin di syurga. Amin”
‘Terima kasih, Wan’
Bisik seseorang kepada aku. Aku mengesat air mata lalu mencari suara itu. Aku terlalu rindukan suara itu. Moga roh Arwah Wan di berkati Allah dan di tempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh. 
Amin.....



terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)

No comments: