Sunday, 29 January 2012

kawan baik






Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan?????

terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)

Thursday, 12 January 2012

MAAFKAN AKU ..







ku menyusuri pelabuhan semalam ..
untuk membilang penantian itu ..
ombak membelah resah ..
adakah nanti akhirnya ..
sekadar mengharap jawapan usang ..

maafkan aku ..
mencerna buih buih keraguan ..
menghumban setiap harapan ..
jauh didalam lautan perasaan ..
sedangkan aku terus mengharap ..
kejujuran lafaz mu ..

maafkan aku .. 
mencetus perasangka !!
haruskah aku menunduk pasrah sedangkan penantian ini masih belum berakhir ..
didasar hati ini menyelak pertemuan itu ..
menjadi rindu pada kenangan itu ..
yang terlalu indah untuk di lupakan ..

maafkan aku ...
pada mulanya ku seakan menolak hadir mu ..
sedangkan kau tahu ku harus menjaga tatasusilaku sebagai wanita ..
mungkin ada sinar harapan ..
mungkin juga aku kau akan tinggalkan ..
pilihan itu terletak ditangan mu ..

namun ingat lah akan satu perkara ..
aku akan menyayangimu selama hayatku ..
selama nafas ini terukur namamu ..selalu ...

namun sebaliknya titisan air mata yang jatuh berderai ..
kerna aku masih tertanya tanya ..
apakah benar aku tercipta untuk mu .. ???
apakah engkau bisa bahagia denganku .. ???

maafkan aku ...
dengarkan aku untuk kali ini  ..
mungkin ini yang terakhir kalinya ..
agar kau fahami isi hatiku ..
inilah kebenarannya yang perlu ku lontar kan ..
aku rindu .......











terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)

Sunday, 25 December 2011

wuduk dan solat



hari ni hari yang sedih untuk aku , tapi aku takyah cita la noh . ampa bukan nak amik tau kan . 
tapi yang pasti hati aku tersangat sangat la kecewa dan jiwa aku rasa tak tenang
setiap kali aku pikirkan sumthing ni aku menangis , bekali-kali aku pegi toilet basuh muka
bila masuk waktu zohor , macam besa aku p amik wuduk
hanya allah ja yang tau hati aku ,masa aku amik wuduk tu , jiwa aku rasa kosong , tenang ja aku rasa
tak dinafikan rasa kecewa tu masih ada tapi hati aku tenang dari sebelumnya
dah amik wuduk tu tak kan tak sembahyang kan 
masa sembahyang tu aku rasa macam aku di alam lain . rasa tenang tak terhingga
itu lah ajaibnya kuasa ALLAH s.w.t
ya . aku tau aku memang tak baik , kadang kadang ada jugak tertinggal solat
 mana ada manusia yang sempurna kan 
tapi aku sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk diri aku dan orang sekeliling aku
 tapi kadang kadang orang ambil kesempatan atas kebaikkan aku
aku hanya berserah kepada allah , segala dugaan yang datang aku terima dengan seadanya





tidak kira senang atau susah , ingat lah allah 
kepada yang telah melakukan dosa besar , jangan lah rasa anda telah di sisihkan
anda masih mempunyai ALLAH , segeralah bertaubat 
ALLAH sentiasa ada untuk kita . melainkan kita yang selalu lupa kepada-NYA



terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)

bersabarlah wahai hati




ya allah ya tuhan ku
aku hanba yang hina
sebegini ujian yang ku terima
aku terima dengan hati yang terbuka 
walau hati ku terluka
aku tetap mengukirkan senyuman untuk semua
walau aku sendiri tertanya-tanya
apakah dosa ku ? ..apakah salahku padanya ?
ku terasa seperti tidak di endahkannya
aku bersyukur kerana masih punys MU ya ALLAH ..tuhan yang mencipta segalanya

hati ..
kenapa kau terlalu mudah di lukai
kenapa terlalu rapuh kekuatan mu yang diberi olah ilahi
apa kau tak punya iman di hati ..atau mungkinkah kerana diri
yang sememangnya perempuan yang mempunyai emosi yang tinggi

yang tuhan yang maha kekal di dunia ini 
KAU yang membolak balikkan hati ini
KAU yang punya kuasa untuk menghilang kan derita ku ini
aku memohon untuk kebaikkan diri sendiri
jauhkanlah aku dari perasaan kecewa ini
jauhkanlah aku dari seksa ini
aku tahu kau tak akan menguji diri ini
jika kau rasa aku tak tertanggung dengan ujian ini
namun aku mohon untuk kali ini YA ALLAH ..
padamu yang mengasihi ..
kuatkanlah hati ini
jauhkanlah emosiku ini dari syaitan yang mahu menakluki hati ini

AKU TERIMA DUGAAN INI SEADANYA ....








terima kasih baca entry elia , tunggu episod seterusnya :)